Thursday 13 September 2018

PENYELEWENGAN WANG ATAU JENAYAH KOLAR PUTIH


                               PENGERUSAN DALAM ISLAM
                                                     
                                                       DIB2A

     PENYELEWENGAN WANG ATAU JENAYAH KOLAR PUTIH

NAMA PENSYARAH : PUAN SITI NURFARHANA  BINTI                                                                                    ZAKARIA  

                                      KOD KURSUS : DUA2052


BIL
NAMA
MATRIX NUMBER
1
AHMAD LUQMAN  BIN MAT JUNOH😻
10DIB17F2043
2
MUHAMMAD SAFFUAN BIN ISMAIL🙈
10DIB17F2063
3
CHE ALIF IZULLAH BIN CHE YUSOF 👳
10DIB17F2016
4
RAJA MUHAMMAD ALIF BIN RAJA AZIZAN👿
10DIB17F2089
5
AHMAD FAREEZ HAKIMI BIN AHMAD DORIZAL😐
10DIB17F2038





                                                         PENGENALAN



“Jenayah...jenayah....” merupakan salah satu isu yang panas dan kian dipertikaikan di dalam media massa ekoran peningkatan di Malaysia. Seperti mana dunia kini yang berterapkan teknologi dan membangun tetapi kes-kes jenayah lebih memajukan diri di menara globalisasi ini, sama ada di domestik mahu pun di peringkat antarabangsa. Salah satu jenayah yang kini semakin meruncing di Malaysia adalah jenayah kolar putih (JKP).

Terdapat pelbagai jenis Jenayah Kolar Putih yang berleluasa di Malaysia dan di sini akan membincangkan salah satu contoh kes jenayah kolar putih iaitu penyelewengan wang. Ia didefinisikan sebagai seseorang sama ada pegawai kerajaan ataupun pengurus sebuah organisasi yang menyalahgunakan wang awam atau syarikat untuk kepentingan diri sendiri. Juga, bermaksud seseorang pagawai itu tidak berakauntibiliti dalam pengurusan kewangan awam ataupun syarikat   
sebagai contoh seperti Encik Razif bekerja sebagai seorang jurutera di Syarikat pembinaan Suria Sdn. Bhd. Pihak pengurusan syarikat memberikan kebebasan sepenuhnya kepada En. Razif dalam menjalankan tugasnya. Urusan En.Razif memberikannya peluang untuk bergaul dengan orang-orang yang berpengaruh dan kaya. Tertarik dengan gaya hidup mereka,En razif telah mula menyeleweng dalam menjalankan tugasnya.Beliau meluluskan pembelian bahan binaan dari syarikat yang tidak berdaftar.sebagai balasan,beliau telah menerima sogokan dalam bentuk wang atau hadiah. Situasi ini berterusan sehinggalah sebuah bangunan yg dibina oleh syarikatnya runtuh.
i )Faktor faktor yang mendorong Encik Razif melakukan jenayah kolar putih ialah?

faktor utama berlakunya jenayah penyelewengan wang ini adalah pemantauan dan pelaksanaan sistem kawalan dalaman dan prosedur kewangan yang lemah serta ketidakcekapan transaksi kewangan. Pegawai atasan yang sangat mempercayai pegawai-pegawai bawahan dalam pengurusan kewangan menyebabkan pegawai bawahan itu mudah menipu pegawai atasan.    
Selain itu, kesukaran dalam mengenalpasti jenayah penyelewengan wang. Ini kerana, kabanyakan jenayah ini dilakukan oleh profesional-profesional yang berpendidikan dan mahir dalam bidang kewangan ini. Mereka juga mengenali selok-belok dalam bidang ini dan pengawai atasan mudah tertipu olehnya.

           Juga, pada era kemewaan ini masyarakat yang hendak menikmati kemewaan dan kekayaan yang tinggi menyebabkan mereka melakukan jenayah ini atau dengan kata lain mencuri wang awam atau syarikat. Sikap kehendak yang tidak terhad ini telah menutup mata mereka daripada menyedari kesan-kesannya. 
ii).Tindakan tindakan yang boleh diambil terhadap Encik Razif 

Sememangnya penguatkuasaan undang-undang mampu membanteras kegiatan ini. Tindakan memecat pesalah jenayah ini terutamanya jika mereka yang terbabit merupakan kaki tangan kerajaan menjadi langkah yang bijak. Hukuman sebat atau penjara yang lama turut memberi kesan jika hukuman dijatuhkan tanpa mengira status dan kedudukan seseorang pesalah itu. Sesungguhnya, tindakan undang-undang yang tegas mampu memberi keinsafan kepada masyarakat untuk menghindari jenayah kolar putih ini.
Selain itu, penyeliaan yang ketat terhadap jabatan-jabatan yang mudah terjebak dalam penyelewengan atau sering berusan dengan orang ramai harus dilaksanakan. Semua prosedur harus diteliti dan dikaji serta mana-mana kelonggaran atau kelemahan prosedur terus diubah atau ditukar untuk memastikan tiada ruang kepada kaki tangan kerajaan untuk melakukan jenayah kolar puth ini. Jadi, prosedur yang ketat memastikan tiada pekerja yang akan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah ini seperti contohnya Encik Razif perlu dikenakan Hukuman sebat atau penjara tanpa mengira status atau darjat disebabkan penyelewengan duit yang telah dilakukan oleh beliau.

Image result for jenayah kolar putih





iii) Kesan-kesan akibat daripada perbuatan En. Razif 
Jenayah kolar putih lebih menggerunkan berbanding jenayah konvensional kerana ia boleh menjejaskan prestasi kewangan sesebuah organisasi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Sekiranya dibiar, penyelewengan wang membawa kesan negatif terhadap integriti institusi kewangan dan perniagaan negara dan keupayaan agensi penguat kuasa dalam mengurus dan menyiasat kes penyelewengan kewangan. Akhirnya ia boleh menghakis keyakinan ahli perniagaan tempatan dan asing untuk melabur di dalam Negara. Kesannya KDNK Negara akan jatuh dan membawa kepada kemelesetan ekonomi.seperti contohnya syarikat Encik Razif akan terjejas akibat tindakan beliau yang menyelewang duit dan menyebabkan sebuah bangunan yang dibina oleh syarikatnya runtuh.

Kesimpulan
Sistem pengurusan kewangan yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia pada masa kini adalah mampu memenuhi keperluan negara. Dalam hubungan itu, sistem dan peraturan-peraturan kewangan yang mengandungi prosedur atau tatacara pelaksanaannya hendaklah difahami dan dipatuhi secara menyeluruh oleh semua penjawat awam terutama mereka yang terlibat dalam pengurusan kewangan untuk meningkatkan akauntabiliti serta memantapkan keutuhan pengurusan kewangan.
Image result for jenayah kolar putih          Image result for jenayah kolar putih 
 Rujukan :-
http://jenayahkolarputih.blogspot.com/2012/11/jenayah-kolar-putih.html?m=1
http://zitgernik.blogspot.com/2012/11/jenayah-kolar-putih.html?m=1